Ada Lima modul utama — Sambal, Rendang, Laukpauk Warisan, Nasi dan Mee Warisan, dan Set Masakan Warisan. Harga Kelas adalah mengikut yang tertera. Turut menyediakan Personal Kelas samada di studio kami atau di tempat anda. Sila hubungi admin untuk kelas Personal.
Sambal adalah tulang belakang masakan Melayu. Pelajari teknik membuat pelbagai jenis sambal — dari cili kering hingga cili api, dari sambal segar hingga sambal goreng yang tahan berminggu-minggu.
Fizikal
01 SAMBAL WARISAN (ASAS)
Panduan lengkap asas sambal merangkumi bahan, teknik dan pelbagai variasi seperti Sambal Serbaguna Cili Kering, Cili Api, Sambal Hijau dan Sambal Segar
Kelas Asas Sambal Warisan ialah program asas untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia sambal mahu pun mereka yang ingin memantapkan teknik asas.
Dalam kelas ini, peserta akan didedahkan dengan: - Pengenalan kepada bahan utama sambal — pelbagai jenis cili (kering, api, hijau, padi), bawang, bawang putih, belacan, asam jawa, dan rempah penambah rasa. - Teknik menyediakan bahan — cara mengupas, mengiris, menumbuk, dan mengisar cili dengan cara yang betul untuk mengekalkan warna, aroma, dan rasa. - Teknik memasak — api perlahan vs api kuat, masa yang sesuai untuk menumis, dan cara untuk mengelakkan sambal menjadi pahit atau hangit. - Variasi sambal — Sambal Serbaguna Cili Kering, Sambal Cili Api, Sambal Hijau, Sambal Garing, Sambal Belacan, Sambal Tempoyak, dan Asas Sambal Segar Buahan dan Tumbuhan. - Aspek komersial — cara untuk menentukan harga, pembungkusan, tempoh simpanan, dan cara menjadikan sambal sebagai produk untuk penjanaan pendapatan.
Semua bahan disediakan, peserta hanya perlu membawa semangat ingin belajar. Sesi dijalankan secara hands-on di studio dengan bimbingan terus dari chef berpengalaman.
Kelas Sambal Serbaguna mengajar cara menghasilkan sambal asas dari awal (from scratch) menggunakan bahan mentah terpilih, kemudian mengolah satu asas sambal menjadi pelbagai jenis menu dengan teknik, rasa dan aplikasi yang berbeza.
Rendang warisan dari pelbagai daerah — Minang, Negeri Sembilan, dan variasi moden. Pelajari teknik memasak rempah asli dengan api perlahan untuk rasa yang mendalam dan tekstur yang tepat.
cooking-class
01 ASAS RENDANG WARISAN
Asas rendang warisan Nusantara - dari pemilihan rempah hingga teknik masak perlahan.
Lauk-pauk warisan yang melengkapi hidangan harian — ikan, ayam, daging, dan sayur. Teknik masak tradisional yang diwarisi turun-temurun, dari singgang hingga masak lemak.
Fizikal
LAUK PAUK WARISAN 01
Pelajari teknik masak protein warisan Melayu — Kelas warisan Malaysia yang SIMPLE-SENANG-SEDAP Ikan masak singgang Nismilan IKan Singgang Pantai Timur Masak Assam Melaka
Kelas khusus ayam warisan — percik yang pedas berempah, masak lemak yang berkrim santan, dan ayam panggang berempah tradisional. Sesuai untuk yang suka ayam dengan rasa yang mendalam.
Pelajari teknik masak daging dan sayur warisan — daging masak kicap yang manis-pedas, sayur lodeh yang lemak berkrim, dan kering daging yang tahan berminggu. Menu lengkap untuk seisi keluarga.
Nasi dan mee warisan — nasi minyak, nasi beriyani, mee kari, mee sup, dan pelbagai variasi. Asas hidangan yang mesti ada di dapur Melayu dan Nusantara.
1/8
Studio
MEE WARISAN MALAYSIA — 7 OKTOBER 2026
Sesi khas kelas Nasi dan Mee Warisan — pelajari pelbagai jenis mee warisan Malaysia termasuk Mee Kari, Mee Sup, Mee Rebus, Laksa dan variasi moden. Sesi hands-on bersama Chef Rosemah di studio Dengkil.
Sesi fotografi hasil masakan kelas — 8 gambar hidangan siap dari meja hidangan. Semua peserta membawa pulang resipi lengkap dan sample hidangan.
Set masakan warisan untuk majlis dan kenduri — hidangan lengkap dari pembuka hingga penutup. Sesuai untuk yang ingin belajar memasak untuk acara besar dan jamuan keluarga.
1/2
cooking-class
01 JELAJAH CITARASA NUSANTARA
JELAJAH CITARASA WARISAN NUSANTARA
Pelajari cara menyediakan satu set hidangan lengkap yang menggabungkan keenakan masakan Negeri Sembilan dengan keunikan sajian warisan Nusantara. Kelas ini memperkenalkan penggunaan bahan tempatan, herba dan rempah serta teknik memasak untuk menghasilkan hidangan yang seimbang dari segi rasa, warna dan tekstur.
Menu yang akan dipelajari:
1. NASI PANDAN Pelajari sukatan air dan teknik memasak nasi supaya berderai, lembut serta harum dengan daun pandan.
2. AYAM MASAK LEMAK CILI API - PUCUK PAKU Kuasai penyediaan masak lemak cili api Negeri Sembilan tanpa bawang, menggunakan cili api, kunyit hidup dan santan. Pelajari kawalan api supaya ayam masak sempurna, kuah halus dan rasa pedas serta lemak seimbang.
3. BOTOK2 IKAN TENGGIRI Kenali gabungan ulam, herba dan rempah untuk membangkitkan rasa ikan. Pelajari cara melayur daun pisang, menyusun bahan, membungkus dan mengukus supaya ikan kekal lembut serta harum.
4. KERABU JANTUNG PISANG Pelajari cara memilih dan membersihkan Jantung Pisang, teknik mencelur supaya tidak terlalu lembik serta mengimbangkan rasa masam, masin dan pedas dalam kerabu
5. SAMBAL BELACAN ASLI Pelajari cara menyediakan Sambal Belacan segar dan Sambal Belacan bergoreng
Turut diberi perhatian ialah susunan kerja di dapur, saiz hidangan dan persembahan makanan, supaya peserta dapat menyediakan satu set menu dengan lebih teratur untuk keluarga, jamuan atau sebagai asas menu jualan.
Jom pelajari masakan warisan dengan teknik yang betul—daripada resipi kepada kemahiran, daripada dapur kepada peluang pendapatan bersama GOMARR!
KELAS MASAKAN NUSANTARA
Meneroka Keunikan Rempah, Teknik dan Cita Rasa Warisan Nusantara
Kenali kekayaan masakan Nusantara yang merentasi pelbagai budaya dan tradisi serantau. Pelajari penggunaan rempah asli, teknik penyediaan serta rahsia menghasilkan hidangan warisan yang kaya aroma, seimbang rasa dan mengekalkan keaslian cita rasanya.
Untuk Siapa?
- Ibu rumah tangga dan wanita berkerjaya - Peminat masakan tradisional dan warisan Nusantara - Individu yang baru belajar atau ingin meningkatkan kemahiran memasak - Pengusaha katering, makanan dan perniagaan kecil - Sesiapa sahaja yang ingin menjadikan kemahiran memasak sebagai peluang penjanaan pendapatan
👨🍳 Apa yang Anda Akan Pelajari?
- Teknik Asas Nusantara – Mengenali bahan, rempah, pes dan kaedah penyediaan masakan tradisional. - Rahsia Cita Rasa Asli – Menguasai teknik menumis, menyangai, mengisar dan memasak rempah untuk menghasilkan aroma serta rasa yang seimbang. - Teknik Masakan Warisan – Penyediaan pelbagai hidangan menggunakan kaedah tradisional yang disesuaikan dengan dapur masa kini. - Tips GOMARR – Teknik mendapatkan kuah yang pekat, rasa konsisten serta kaedah penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul. - Potensi Penjanaan Pendapatan – Mengembangkan resipi warisan menjadi menu jualan, katering atau produk makanan.
🍽️ Apa yang Disediakan?
- Semua bahan mentah dan ramuan masakan - Apron dan tuala dapur - Resipi dan panduan pembelajaran - Bekas untuk membawa pulang hasil masakan jika ada lebihan - Sijil penyertaan
📍 Lokasi GOMARR Culinary Hub, Dengkil, Selangor
Alamat lengkap dan panduan lokasi akan diberikan semasa pengesahan pendaftaran.
⏰ Jadual Kelas
- 9:00 pagi – Pendaftaran peserta - 9:30 pagi – Pengenalan dan sesi pembelajaran - 1:30 tengah hari – Rehat dan makan temgahari dan Tamat kelas
💬 Panduan Peserta
- Pakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk aktiviti dapur. - Bawa penutup kasut. - Maklumkan lebih awal sekiranya mempunyai alahan makanan. - Datang tepat pada waktunya untuk mengikuti keseluruhan pembelajaran.
WARISAN DIPELIHARA. INOVASI DIPERKASA.
Belajar teknik yang betul, kuasai cita rasa warisan dan jadikan kemahiran memasak sebagai peluang menjana pendapatan.
Daftar sekarang bersama GOMARR Culinary Hub — tempat ilmu, warisan dan kreativiti kulinari bertemu.